Masakan Termasin

Share

Friday, March 12, 2010


Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini:

1. Setelah gulai mendidih,tutup api dan periuk.Biarkan selama beberapa minit.Kemudian

basuh tudung periuk tersebut namun jangan dikeringkan lagi.Tutup semula periuk

tadi dengan tudung yang telah dibasuh tadi dan rasa masin tersebut akan hilang

dengan sendirinya.

2. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu.Kemudian masukkan ke dalam

masakan yang terlalu masin tadi.Setelah kentang tersebut lembut,keluarkan ia

semula.Insyaallah rasa masin akan hilang.


Selamat mencuba :)

Resepi Ikan Pari Masak Lemak Cili Api

Share


Bahan-bahan:

1 ekor ikan pari saiz sederhana

2 mangkuk santan

1 helai daun kunyit

½ sudu teh serbuk kunyit

Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan kisar:

10 tangkai cili api

3 ulas bawang merah

Cara Penyediaan:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.

Masukkan santan, daunkunyit dan serbuk kunyit. Kacau rata.

Masukkan ikan pari, kacau perlahan dan didihkan hingga pekat.

Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Tutup api.

Selamat mencuba :)

Asam Pedas Ayam

Share

Wednesday, March 10, 2010


Bahan-Bahan:

½ ekor ayam, dibersihkan dan dipotong-potong


2 keping asam gelugur


1 cawan minyak masak


1 ikat daun kesum


Gula dan garam secukupnya


2 cawan air


10 tangkai cili kering, digiling


6 biji bawang merah, digiling


1 sm halia, digiling


Sedikit belacan, digiling


4 tangkai cili merah, digiling


2 ulas bawang putih, digiling


1 sm kunyit basah, digiling



Cara:

1. Panaskan minyak di dalam periuk.

2.
Tumis bahan-bahan giling hingga garing.

3. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih

4. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum.

5. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.


Selamat mencuba :)

5 Tips Melembutkan Daging

Share


Cara Pertama:

1. Anda sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu.

2. Kemudian, masukkan saja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.


Cara Kedua:

1. Anda ambil daun pisang abu dan lapkannya dulu sampai bersih.

2. Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi.

3. Lepas tu, masukkan saja ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.


Cara Ketiga:

1. Anda perlukan setengah atau sebiji pinang tua.

2. Kupaskan dan bersihkan pinang tua tadi.

3. Setelah itu, masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging.


Cara Keempat:

1. Cara ini pula khas untuk anda yang nak buat sate daging.

2. Memula, hiriskan dahulu daging tersebut.

3. Seterusnya, lumurkan daging tersebut dengan bahan-bahan perencahnya.

4. Kemudian, bungkuskan daging dengan daun betik.

5. Biarkannya selama 1 jam.

6. Setelah itu, barulah anda bakar sate daging tadi dan hasilnya daging itu lebih wangi dan empuk.


Cara Kelima:

1. Anda perlukan sebatang tebu. Anda boleh gunakan sebarang jenis tebu yer.

2. Buangkan dulu kulit tebu dan bersihkannya.

3. Kemudian, anda potongkan tebu tadi secara memanjang seruas-seruas.

4. Kalau daging tu nak dibuat rendang, masukkan saja isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk penyediaan rendang. Kemudian, masaklah sehingga rendang daging tu empuk.

5. Andainya anda nak buat sup daging pula, rebuslah isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk mereneh sup. Isi tebu tersebut berfungsi untuk melembutkan daging dan menambahkan kelazatan sup.

Sekarang dengan tips-tips ini boleh la suami atau keluarga saudara dan saudara makan daging yang tidak liat lagi.Selamat mencuba :)

Itik Goreng Sambal Pencit

Share



Bahan-bahan:

1 ekor (800 g) itik, cuci, potong 4 bagian
2 sudu cuka makan
1 sudu garam
1 L air
Minyak masak untuk goreng itik

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 hiris halia
2 hiris kunyit, bakar
1 sudu asam jawa
2 sudu garam

Sambal pencit:
5 biji bawang merah
30 tangkai cilia api merah
1 sudu garam
¼ sudu gula pasir
1 buah (150 g) mangga muda, hiris halus

Serunding:
250 g kelapa separa tua, parut memanjang, goreng tanpa minyak hingga kering
6 ulas bawang putih, tumbuk, tumis sebentar

Cara Penyediaan:


Lumur itik dengan cuka dan garam. perap selama 1 jam, ketepikan.

Lumur itik yang telah diperap dengan bahan kisar hingga rata di dalam periuk, tuang air, gaul rata.

Masak sehingga itik empuk dan bahan kisar meresap sempurna, angkat. Asingkankan bahan kisar.

Panaskan minyak masak yang banyak dan goreng itik hingga dalam minyak banyak dan panas, hingga kecoklatan, angkat, toskan, sisihkan. Pisahkan minyak sisa menggoreng itik. Toskan.

Sambal pencit:
Tumbuk kasar kesemua bahan kecuali mangga. Tambahkan mangga dan siram dengan 6 sdm minyak panas dari gorengan tadi , kacau rata. Ketepikan.

Selamat mencuba :)

Pertama Kali

Share



Assalamualaikum w.b.t kepada para pembaca sekalian.Ini adalah kali pertama saya menghasilkan blog yang mana menampilkan pelbagai maklumat tentang masakan di Malaysia.Di dalam blog ini akan saya paparkan pelbagai jenis masakan ayam,daging,sayur dan kuih muih.Insyaallah akan juga saya sertakan beberapa tips masakan kepada para pembaca terutamanya bagi si isteri dan si ibu yang mahu memikat hati suami anda.Semua resepi yang bakal saya tampilkan di dalam log ini adalah berdasarkan resepi-resepi yang telah tersedia di internet yang mane saya himpunkan untuk menyenangkan anda semua.Semoga berpuas hati dengan blog ini dan sila sertakan jika ada sebarang komen.Sekian terima kasih dan selamat membaca.

MASAKAN IBU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino